Friday, March 26, 2010

Keranamu















Aku masih di sini.
Walau mentari telah lama
berlabuh di ufuk barat.
Bahangnya telah mendingin lantaran
disapu sepoi angin malam.
Aku masih belum betah beralih arah.
Aku masih mahu di sini.
Biar dingin malam mengigit
kulit kerepot tubuhku.
Menerjah dan mencucuk tulang-temulang
rapuh di rangka jasadku.
Jiwa ini masih hangat, masih mendidih,
mengelegak oleh bakaran mentari siang.
Wajah ini telah melepuh,
merekah merah, mengelupas.
Aku tidak akan berganjak.
Biar seluruh dunia bergolak.
Biar lautan menganas berkocak.
Biar bumi retak dan rebak.
Biar angin berputar berantak.
Biar mega mendung berarak.
Kerana .....
cintaku padamu tulus.

Selasa
24/11/09
21:52

No comments:

Post a Comment